Cari @ Amanz

Cut The Rope 2

Pembangun permainan popular, Cut The Rope, hari ini telah melancarkan permainan versi terbaru untuknya, iaitu Cut The Rope 2, sekaligus membolehkan pemain mengawal watak Om Nom dan pelbagai watak sampingan lain didalamnya.

Melalui permainan terbaru untuk Cut The Rope ini, ia membawakan beberapa kemaskini termasuk lebih banyak lokasi dan watak baru. Permainan ini turut dilengkapkan dengan lebih banyak cabaran dalam usaha pemain memberikan makanan kepada Om Nom.

Buat masa ini, permainan ini hanya ditawarkan untuk pengguna peranti iOS sahaja – dan dijual pada harga $0.99. Mungkin ia akan turut hadir untuk peranti lain dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd