Android 4.3 Diperkenalkan Untuk Pengguna Galaxy Note 2 Malaysia

Android 4.3 Diperkenalkan Untuk Pengguna Galaxy Note 2 Malaysia

Diterbitkan pada Dis 19, 2013 oleh .

Galaxy Note 2 - Android 4.3Bagi para pengguna peranti Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, bermula hari ini, anda boleh mengemaskini telefon pintar anda kepada Android 4.3 Jelly Bean, sekaligus menikmati beberapa fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

Kemaskini bersaiz lebih kurang 759MB ini membawakan kemaskini sistem operasi, sokongan KNOX untuk pengguna umum, penambah-baikkan dan kemaskini pada antaramuka, dan juga beberapa kemaskini sekuriti.

Dengan kemaskini Android 4.3 ini juga, ia menjadikan Galaxy Note 2 boleh digunakan bersama-sama Galaxy Gear – jam tangan pintar daripada Samsung.

Fungsi TRIM turut hadir dengannya yang menjadikan peranti kekal pantas walaupun telah digunakan sekian lama.

Bagi pengguna tempatan yang menggunakan Galaxy Note 2, anda boleh ke halaman Settings, dan seterusnya memilih About Device dan Software Update.


TIPS & ULASAN