Apple Mac Pro Sedia Untuk Ditempah Bermula RM9699 – Akan Dihantar Januari

Apple Mac Pro Sedia Untuk Ditempah Bermula RM9699 – Akan Dihantar Januari

Diterbitkan pada Dis 19, 2013 oleh .

Apple sedia memperkenalkan Mac Pro memfokuskan pengguna yang inginkan kuasa perkomputeran tinggi sebelum ini, dan kini ia dilihat sudah boleh ditempah melalui Apple Store Online Malaysia.

Daripada apa yang disenaraikan di Apple Store, versi cip empat-teras dengan dwi-GPU dijual pada harga bermula RM9699, sementara versi enam-teras dengan dwi-GPU pula dijual pada harga bermula RM12,999.

Mac Pro Malaysia

Seperti biasa, pengguna boleh membuat beberapa perubahan seperti penambahan spesifikasi dan kuasa sebelum membuat tempahan pada Apple Store.

Penghantaran daripada pihak Apple dijangka akan dilakukan bermula Januari 2014 kelak.


TIPS & ULASAN