Cari @ Amanz

GTA San AndreasSetelah menerbitkan permainan GTA San Andreas untuk pengguna iOS pada minggu lepas, hari ini pihak Rockstar Games telah pun menerbitkan permainan sama untuk pengguna Android.

Seperti semua sedia maklum, San Andreas telah sedia diperkenalkan pada tahun 2004 yang lepas, dan versi permainan sama kini hadir untuk peranti mudah-alih.

Untuk peranti mudah-alih, ia dioptimasikan untuk skrin sentuh, disamping pihak Rockstar membawakan sedikit kemaskini pada bahagian grafik.

Bagi pengguna Android yang berminat, boleh mendapatkan GTA San Andreas ini pada harga $6.99 di Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd