Aplikasi 500px Rasmi Dilancarkan Untuk Pengguna Windows Phone

Aplikasi 500px Rasmi Dilancarkan Untuk Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada Dis 20, 2013 oleh .

500pxSelain daripada Flickr, 500px turut menjadi salah satu platform untuk jurugambar berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan mereka bersama yang lain. Kini, selepas memperkenalkan aplikasi untuk beberapa platform, ia turut hadir secara rasminya untuk Windows Phone 8.

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh melihat aktiviti rakan-rakan lain, melihat gambar-gambar popular termasuk pilihan editor, dan membuat carian gambar.

Pengguna Windows Phone juga boleh menetapkan gambar dari 500px sebagai gambar lock-screen, disamping menetapkan Live Tile untuk melihat gambar-gambar menarik dari 500px.

Bagi pengguna Windows Phone 8 yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Windows Phone Store hari ini.

500px Windows Phone

Muat-Turun 500px untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN