BBM Voice Dan Beberapa Fungsi Lain Akan Ke Android Dan iOS Pada Tahun Hadapan

BBM Voice Dan Beberapa Fungsi Lain Akan Ke Android Dan iOS Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 20, 2013 oleh .

Mungkin ramai sedia maklum mengenai sokongan BBM Voice, BBM Channels dan sebagainya yang akan menyusul ke Android dan iOS pada tahun hadapan. Terkini, pihak BlackBerry turut memberikan gambaran ringkas untuk fungsi berkenaan.

BBM Voice

BlackBerry Messenger sedia menawarkan sokongan menghantar teks dan juga gambar melaluinya. Pada tahun hadapan, fungsi panggilan suara melalui BBM Voice turut akan hadir ke Android dan juga iOS. Menggunakannya, pengguna boleh membuat panggilan suara dengan mudah dan percuma ke pengguna BBM lain.

Selain itu, sokongan BBM Channels juga akan hadir, membolehkan pengguna mengikuti dan berinteraksi dengan jenama dan organisasi menggunakannya.

Pihak BBM turut dilihat merancang untuk beberapa fungsi lain untuk pengguna Android dan iOS, termasuk sokongan perkongsian lokasi masa-nyata dan sebagainya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Blackberry melalui BBM dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN