Google Malaysia Berkongsi Iklan Video Popular Di YouTube Sepanjang 2013

Google Malaysia Berkongsi Iklan Video Popular Di YouTube Sepanjang 2013

Diterbitkan pada Dis 20, 2013 oleh .

Selain perkongsian mengenai terma carian popular di Google, dan juga video paling banyak ditonton pengguna di YouTube, pihak Google juga turut sama kini berkongsikan iklan video popular di YouTube sepanjang tahun 2013 ini.

Seperti semua sedia maklum, pengiklanan video di YouTube telah menjadi salah satu trend baru, apatah lagi dengan lebih ramai menghabiskan masa di YouTube berbanding di kaca televisyen.

Disamping itu, pengiklan juga dikatakan tidak terikat dengan masa iklan 30 saat apabila menggunakan platform YouTube, sekaligus menjadikan iklan yang lebih kreatif dihasilkan.

Berikut merupakan 10 iklan di YouTube yang paling popular sepanjang tahun 2013 ini;

1. Petronas Merdeka & Malaysia Day 2013 Webfilm : Children

2. Samsung Malaysia Wind Chimes in a Bakery – Episode 2

3. Samsung Malaysia Wind Chimes in a Bakery – Episode 1

4. Petronas Raya 2013 Webfilem – Jahit

5. Samsung Introducing Samsung Galaxy S4

6. Sony Xperia Z : The Precision Engineered Full HD Smartphone

7. Samsung Chapter#1 – Modiface Make Up

8. Samsung Introducing Samsung Galaxy Note 3

9. LINE Game – Line Jelly

10. PSY’s Wiki – Tip enjoying Korean food


TIPS & ULASAN