Cari @ Amanz

Dengan persaingan sengit dalam arena aplikasi permesejan, semestinya WhatsApp menjadi salah satu pesaing kuat kepada yang lain. Membuktikannya, pihak WhatsApp mengumumkan penambahan lebih 100 juta pengguna aktif bulanan dalam tempoh hanya 4 bulan.

Mengikut data terkini yang dikongsikan, WhatsApp dilihat mempunyai lebih daripada 400 juta pengguna aktif setiap bulan.

Memandangkan angka yang dikeluarkan ini hanya angka pengguna aktif, maka angka mereka yang memasang aplikasi berkenaan mungkin lebih tinggi lagi.

Selain WhatsApp, antara aplikasi lain yang turut memperlihatkan penambahan drastik dari hari ke hari adalah WeChat dan juga LINE.

Adakah WhatsApp akan masih kekal dihadapan sepanjang tahun hadapan? Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd