Cari @ Amanz

LINE sedia terkenal dikalangan pengguna tempatan sebagai aplikasi permesejan, disamping turut menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan seperti permainan dan lain-lain. Pada tahun hadapan, mereka bakal turut menambah sokongan baru, dinamakan “LINE Free Coin”.

LINE Free Coin akan menjadi salah satu insentif untuk pengguna, dimana setiap pengguna yang menonton iklan video pada perkhidmatan tersebut, mereka akan menerima LINE Free Coin. Seterusnya, LINE Free Coin tersebut boleh digunakan untuk membeli sticker, digunakan pada permainan digital dan sebagainya.

Sebagai permulaan, ia akan diperkenalkan di tujuh buah negara Asia, termasuk Malaysia. Sokongan LINE Free Coin ini dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun 2014 kelak. Fungsi ini bakal diperkenalkan pada aplikasi LINE untuk Android terlebih dahulu sebelum hadir untuk platform lain.

Jadi, apa kata anda mengenai model perniagaan LINE yang baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd