Cari @ Amanz

Pihak Samsung sedia menawarkan ATIV Book 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Selain versi “LITE”, beberapa versi lain dilihat turut dirancang Samsung, termasuk salah satunya adalah “Style”.

ATIV Book 9 Style

ATIV Book 9 Style ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan, dan bakal menyertakan empat speaker dengan output bunyi sehingga 2W.

Disamping sokongan kepada bunyi, ia juga bakal membawakan rekaan komputer riba lebih menarik, termasuk implementasi rekaan “kulit” seumpama yang terdapat pada Galaxy Note 3 baru-baru ini.

Spesifikasi lain masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia menggunakan nama ATIV, maka kita dapat menyasarkan komputer riba ini bakal menggunakan platform Windows 8 padanya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd