Ked.ai Menambah Sokongan Pembayaran Melalui Bitcoin

Ked.ai Menambah Sokongan Pembayaran Melalui Bitcoin

Diterbitkan pada Dis 20, 2013 oleh .

Bitcoin sedia menjadi bualan hangat pengguna internet sejak beberapa bulan ini. Dengan lebih ramai yang mula menggunakan Bitcoin, kini pihak pembangun Ked.ai dilihat telah mengintegrasikan sokongan pembayaran melalui Bitcoin pada perkhidmatan mereka.

Bagi yang tidak mengenali perkhidmatan Ked.ai, ia merupakan salah satu platform jual-beli yang mempunyai penggunanya tersendiri. Dengan sokongan Bitcoin ini, penjual barang boleh menetapkan Bitcoin Wallet mereka, dan seterusnya menerima pembayaran menggunakannya.

Mungkin kadar pembayaran perlu dibincangkan dulu bersama penjual sebelum transaksi dilakukan menggunakan Bitcoin.

Di Malaysia, boleh dikatakan masih ramai yang tidak menggunakan Bitcoin, dan ia masih lagi pada peringkat sangat awal. Apa pun, ia sesuatu yang menarik untuk melihat sokongan untuknya telah pun mula diimplementasikan oleh pembangun tempatan pada produk mereka.

Layari : Ked.ai

TIPS & ULASAN