Spotiamp – Pemain Spotify Dengan Antaramuka Seumpama Winamp

Diterbitkan pada Dis 20, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Winamp bakal ditamatkan pada penghujung minggu ini, dan bersempena dengannya pihak Spotify hadir dengan sebuah projek ringkas yang dinamakan sebagai Spotiamp.

Spotiamp

Spotiamp membawakan rekabentuk seumpama Winamp, tetapi membolehkan pengguna memainkan lagu-lagu daripada Spotify menggunakannya.

Spotiamp ini hanya ditawarkan untuk pengguna Windows sahaja, dan agak mendukacitakan kerana ia memerlukan akaun Spotify Premium untuk digunakan.

Muat-Turun Spotiamp

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami