MYNIC Menawarkan Domain .MY Pada Harga Serendah RM25 Setahun Melalui iChooseMY

MYNIC Menawarkan Domain .MY Pada Harga Serendah RM25 Setahun Melalui iChooseMY

Diterbitkan pada Dis 20, 2013 oleh .

MYNIC merupakan penyedia domain dengan akhiran .MY di Malaysia, dimana biasanya setiap domain dijual pada harga yang agak tinggi – RM120 setahun. Namun, untuk penghujung tahun ini, mereka mengadakan sebuah promosi khas melalui kempen iChoose.MY.

MYNIC - iChoose.MY

Kempen iChoose.MY ini memfokuskan kepada para individu dan juga organisasi dalam mendapatkan domain dengan akhiran .MY tersendiri.

Domain ditawarkan pada harga RM30 setahun, tetapi pengguna turut boleh membuat pilihan untuk pembayaran dua tahun yang berjumlah RM50 – menjadikan domain .MY boleh didapati pada harga serendah RM25 setahun.

Selain domain sahaja, melalui iChoose.MY juga, pengguna boleh membuat tetapan terus ke blog (Blogspot, WordPress) ataupun ke laman sedia ada dengan mudah.

Jadi, bagi anda yang mempunyai blog, web ataupun inginkan nama dengan akhiran .MY, boleh mendaftarkan domain hari ini di iChoose.MY.

Layari : iChoose.MY

Advertorial daripada MYNIC.


TIPS & ULASAN