Vine sebelum ini lebih memfokuskan kepada penggunaan pada peranti mudah-alih. Hari ini, mereka melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sokongan profil web, termasuk pengenalan URL ringkas untik pengguna.
Untuk mendapatkannya, pengguna hanya perlu ke Vine hari ini, dan mendaftar URL pengguna tersendiri.
Vine akan mencadangkan URL yang menyerupai kepada Twitter, namun pengguna boleh mengubahnya kepada apa yang diminati anda.
Namun, untuk mendapatkannya, pengguna terlebih dahulu patut berkongsi sekurang-kurangnya dua video di Vine.
- Layari : Vine Profiles