Halaman Web Winamp Masih Aktif – Pengumuman Lanjut Akan Menyusul?

Halaman Web Winamp Masih Aktif – Pengumuman Lanjut Akan Menyusul?

Diterbitkan pada Dis 22, 2013 oleh .

WinampAOL sebelum ini telah mengumumkan yang mana Winamp akan ditamatkan pada penghujung minggu lepas. Namun, berbeza daripada apa yang dikatakan, halaman Winamp masih boleh diakses seperti biasa buat masa ini, dan perisiannya masih boleh dimuat-turun.

Pihak AOL mahupun Winamp masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya buat masa ini.

Lanjutan daripadanya, ramai membuat spekulasi mengatakan berkemungkinan Winamp dalam perbincangan untuk diambil-alih oleh pihak lain. Salah satu pihak yang dikatakan berminat untuk mendapatkannya sebelum ini adalah Microsoft.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut pihak AOL, dan sama-sama kita berharap agak Winamp akan diteruskan dan tidak akan ditamatkan begitu sahaja.


TIPS & ULASAN