Aviary Menghentikan Sementara Pembangunan Untuk Windows Dan WP8

Aviary Menghentikan Sementara Pembangunan Untuk Windows Dan WP8

Diterbitkan pada Dis 22, 2013 oleh .

Aviary mungkin sedia dikenali ramai sebagai penyedia aplikasi dan SDK untuk penyuntingan gambar. Mereka sedia menawarkan SDK dan aplikasi untuk pelbagai platform termasuk Windows dan juga Windows Phone 8.

Photo Editor - Aviary

Mengikut perkongsian pihak Aviary di forum rasmi mereka, ia dilihat mereka menghentikan sementara pembangunan untuk platform Windows dan juga Windows Phone 8, sementara lebih memfokuskan kepada iOS dan juga Android buat masa ini.

Ia dikatakan langkah ini diambil adalah disebabkan oleh angka penggunaan pada platform Windows dan WP8 yang sedikit berbanding platform Android dan juga iOS.

Fungsi-fungsi sedia ada Aviary masih boleh kekal digunakan, tetapi mungkin tiada fungsi baru diperkenalkan pada SDK adn aplikasi mereka sehingga suatu hari kelak.


TIPS & ULASAN