Cari @ Amanz

LG nampaknya merancang beberapa perkara baru pada CES 2014 kelak, dimana selain daripada komputer ChromeOS, mereka juga bakal memperkenalkan kemaskini kepada pencetak gambar mudah-alih mereka – Pocket Photo.

LG Pocket Photo 2

Pada CES 2014 kelak, LG mengatakan mereka akan memperlihatkan LG Pocket Photo 2 yang lebih nipis dan mudah dibawa berbanding versi hari ini.

Ia juga akan membolehkan pengguna untuk menambah efek pada gambar sebelum ia dicetak menggunakannya.

Pocket Photo 2 ini dikatakan akan selari dengan sistem operasi Android, iOS dan juga Windows Phone.

Pocket Photo 2 bakal dijual di Korea Selatan pada pertengahan Januari kelak, dan dilanjutkan ke pasaran global selepas itu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd