Carian
SalamMedia – Syarikat Pengiklanan Baru Memfokuskan Blogger Dan Media Baru
December 23, 2013 Aman

Terdapat beberapa syarikat memfokuskan pengiklanan digital, dan salah satu yang baru dari Malaysia adalah SalamMedia. SalamMedia memfokuskan kepada penulis blog dan juga pemilik media baru (media digital) dan dengan sedikit kelainan berbanding beberapa syarikat lain.

SalamMedia buat masa ini telah membuka pendaftaran untuk umum, dan beberapa kempen pengiklanan telah pun dimulakan. Namun, SalamMedia menyasarkan tahun 2014 untuk pelancaran rasmi sekaligus menawarkan kempen daripada pengiklan kepada lebih ramai pemilik blog dan media digital.

Blog vs Paper - SalamMedia

Berbeza dengan beberapa syarikat pengiklanan, pihak SalamMedia memfokuskan kepada beberapa kaedah pengiklanan yang baru, dan bukannya kepada banner. Ini adalah kerana ROI daripada pengiklanan banner adalah sangat sedikit. Apatah lagi terdapat pepatah mengatakan “seseorang pengguna lebih mudah untuk selamat daripada nahas kapal terbang, berbanding klik pada iklan banner“.

Untuk pengambilan penulis blog dan media-digital, pihak SalamMedia memfokuskan kepada mereka yang mempunyai kandungan dan penulisan yang baik sahaja. Beberapa kriteria dikatakan diambil, sebelum sesuatu kempen diberikan kepada mereka.

Pada hari ini, lebih kurang 50 blog telah berdaftar dengan SalamMedia, dan mereka menyasarkan untuk mencapai lebih kurang 100 menjelang hujung tahun 2014 kelak.

Bagi anda yang mempunyai blog mungkin boleh mendaftarkan diri, ataupun ketahui lebih lanjut mengenai syarikat pengiklanan baru ini dengan melayari halaman rasmi SalamMedia.

Komen