Cari @ Amanz

Mungkin ramai sedia melihat beberapa papan tanda iklan memperlihatkan peranti Spice Mobile dan juga ALTEL Communication. Kedua-duanya telah mengumumkan kerjasama secara rasmi baru-baru ini, disamping mengumumkan salah satu peranti baru kepada umum.

Dengan kerjasama kedua-dua pihak ini, ALTEL bakal menyertakan peranti dari Spice Mobile bersama-sama pakej telekomunikasi mereka. Daripada apa yang diketahui, pek SIM ALTEL disertakan dengan pembelian beberapa peranti Spice, termasuk Spice Pluto (Mi 406), Mars (Mi450), Mercury (Mi 501), dan juga tablet 3G mereka dinamakan Droidpad 3G (Mi 720).

Spice ALTEL

Peranti Spice Pluto Neo ditambah kepada tawaran mereka, dimana ia merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak Spice Mobile, menyertakan skrin bersaiz 4-inci, cip dwi-teras 1.0GHz, Android 4.2 Jelly Bean dan juga kamera belakang 3.2-megapixel.

Spice Pluto Neo ini akan dijual pada harga RM299, dan didatangkan bersama-sama kad SIM prabayar ALTEL – yang dikatakan menawarkan pelbagai diskaun menarik melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd