Cari @ Amanz

Terdapat beberapa permainan daripada penerbit tempatan. Baru-baru ini kita dapat lihat permainan Jawi Explorer yang diterbitkan oleh MaGIC-X UTM. Penerbit sama juga mempunyai beberapa permainan lain, termasuk salah satunya adalah KodiangBoy.

Permainan ini dilihat membawakan bentuk permainan dengan grafik yang amat kemas dan menarik. Melaluinya, pemain perlu mengelak pelbagai halangan sebelum sampai ke titik penghujung. Beberapa tahap berbeza disediakan, dan pada setiap tahap, halangan baru diperkenalkan.

Bagi mereka yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh menyemak ini yang ditawarkan secara percuma melalui Google Play Store, disamping pada masa yang sama menyokong pembangun dan pelajar tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd