Sokongan WeChat Game Hadir Untuk Pengguna Android

Sokongan WeChat Game Hadir Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Dis 24, 2013 oleh .

Hari ini, pihak WeChat telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android mereka, dimana bersama-sama dengannya sokongan untuk WeChat Game turut diperkenalkan.

Sebelum ini, pihak WeChat sedia menjanjikan sokongan tersebut akan hadir sebelum penghujung tahun ini.

Daripada apa yang dilihat, permainan yang dinamakan Pencil Pilot dimuat-turun secara automatik dan membolehkan pengguna bersaing dengan rakan-rakan lain di WeChat menggunakannya.

WeChat Games

Selain Pencil pilot, beberapa permainan lain yang turut ditawarkan adalah Craz3 Match dan juga 2Days Match.

Bagi pengguna Android yang menggunakan WeChat, anda boleh muat-turun kemaskini untuknya dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun WeChat untuk Google Play


TIPS & ULASAN