Bagi mereka yang jailbreak peranti iOS mereka, mungkin sedia mengenali akan aplikasi Cydia yang mana berfungsi sebagai kedai aplikasi untuk muat-turun pelbagai jenis tweak.
Terkini, pembangunnya telah mengemaskini aplikasi mereka, dimana bersama-sama dengan kemaskini ini disertakan adalah antaramuka yang menerapkan elemen-elemen iOS7 bersama-sama dengannya.
Walaubagaimanapun, ikon utama untuk Cydia masih kekal seperti versi asal dan tidak dikemaskini untuk versi iOS 7 buat masa ini.
Pengenalan ini hadir daripada pembangun Cydia, selang beberapa hari selepas jailbreak untuk iOS 7 diperkenalkan oleh Evasio0n.