Cari @ Amanz

Apple tidak mengumumkan semua syarikat yang diambil-alih oleh mereka. Kini, ia didapati yang mana gergasi perkomputeran dari Amerika Syarikat tersebut telah mengambil-alih dua lagi syarikat pada tahun ini, iaitu Catch dan juga BroadMap.

Catch merupakan salah satu aplikasi pengambilan nota, lebih kurang menyerupai kepada Evernote. Ia dikatakan Apple telah mengambil-alih Catch lebih kurang sekitar bulan Julai yang lepas. Pengambil-alihan Catch dikatakan mungkin akan membolehkan lebih banyak fungsi ditambah pada beberapa aplikasi dan perkhidmatan Apple, seperti Reminders dan juga Notes.

Selain Catch, satu lagi syarikat yang turut diambil-alih oleh Apple adalah BroadMap. BroadMap masih lagi beroperasi secara berasingan memandangkan ia mungkin mempunyai kerjasama dan pelesenan perkhidmatan untuk jangka masa yang panjang bersama-sama beberapa syarikat lain.

BroadMap menawarkan beberapa produk berkaitan dengan lokasi dan pemetaan. Ia dikatakan pengambil-alihan BroadMap lebih kepada untuk mendapatkan tenaga pekerja pakar dalam syarikat tersebut. Seperti beberapa pengambil-alihan sebelum ini, BroadMap dijangka akan membantu Apple dalam menambah-baik pengurusan data Apple Maps pada iOS dan juga OS X.

Secara keseluruhan, Apple dikatakan telah mengambil-alih sekitar 15 syarikat dalam membantu meningkatkan produk mereka sepanjang tahun 2013 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd