Bagi pengguna tempatan yang menggunakan peranti Xperia Z dan juga Xperia Z1, anda sudah boleh memulakan proses kemaskini kepada versi Android 4.3 Jelly Bean bermula hari ini.
Namun, berbeza dengan kebiasaan, sokongan OTA masih belum diperkenalkan dan pengguna perlu melakukan kemaskini menggunakan perisian Sony PC Companion buat masa ini. Mungkin sokongan kemaskini OTA akan hadir dalam masa terdekat.
Secara keseluruhan, ia membawakan penambah-baikkan dari segi prestasi dan antaramuka. Sony mengatakan Android 4.3 Jelly Bean turut dilengkapi dengan beberapa antaramuka baru, aplikasi emel baru, termasuk penambah-baikkan sokongan sekuriti.
Bagi mereka yang menggunakan Xperia Z atau Xperia Z1, boleh memulakan proses kemaskini anda menggunakan perisian Sony PC Companion hari ini.