Samsung Bakal Hadir Dengan “Fitness Tracker” – Galaxy Band?

Samsung Bakal Hadir Dengan “Fitness Tracker” – Galaxy Band?

Diterbitkan pada Dis 25, 2013 oleh .

Samsung S-BandMengikut desas-desus baru yang kedengaran hari ini, ia dikatakan Samsung mungkin hadir dengan penjejak kesihatan (fitness tracker) terbaru, yang mana mungkin dikenali dengan nama “Galaxy Band”.

Ia dikatakan mungkin adalah kemaskini kepada keluarga S-Band sebelum ini, yang mana tidak menyertakan skrin, dan hanya membawakan penjejak dan pengesan terbina untuk membolehkan ia merakamkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan sukan dan kesihatan.

Peranti ini juga dikatakan mungkin menjalankan Android, serta diintegrasikan dengan lebih menyeluruh pada aplikasi S-Health daripada Samsung.

Mengikut ura-ura yang kedengaran, “Galaxy Band” ini dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Februari 2014 kelak.


TIPS & ULASAN