Cari @ Amanz

Motorola telah sedia memperkenalkan peranti mampu milik mereka dengan nama Moto G sebelum ini, selain menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang akan menerimanya dalam kumpulan kedua.

Dengan ramai menyasarkan ia untuk tiba ke Malaysia pada bulan Januari kelak, kini Lazada Malaysia dilihat telah menyenaraikannya pada laman mereka, disamping pada masa yang sama mengatakan ia akan dijual bermula 13 Januari 2014 kelak.

Buat masa ini, Lazada telah mula mengambil pra-tempahan, di mana Moto G dijual pada harga RM698.

Bagi yang tidak mengenali Moto G, ia membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400, kamera belakang 5-megapixel, dan dilengkapi Android 4.3 Jelly Bean (kemaskini KitKat sudah mula diperkenalkan).

Versi 16GB turut disenaraikan oleh pihak Lazada pada harga RM798, dan mempunyai tarikh pelancaran yang sama dengan versi 8GB.

Mengikut pelbagai ulasan awal daripada media antarabangsa, ia dikatakan Moto G merupakan salah satu peranti yang memberikan nilai yang baik untuk harganya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd