Cari @ Amanz

Bagi pengemar permainan berbentuk FPS, mungkin Left 4 Dead bukan sesuatu yang asing. Menariknya, hanya untuk hari ini, permainan tersebut ditawarkan secara percuma melalui Steam.

Permainan ini memfokuskan kepada aksi tembak-menembak dimana pemain perlu melalui beberapa misi dalam mengelak daripada zombie dan menyelesaikan misi mereka.

Bersempena dengan musim cuti dan perayaan hujung tahun ini, permainan ini ditawarkan secara percuma hanya untuk sehari, dimana pengguna boleh memuat-turun dan memasangnya melalui Steam hari ini.

Jadi, bagi anda yang inginkan suatu permainan FPS baru, mungkin boleh dapatkannya secara percuma melalui Steam hari ini, dan memainkannya pada masa terluang anda. Daripada apa yang dilihat, permainan ini disokong pada Windows, Mac dan juga Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd