Bersempena dengan musim perayaan, pihak Apple turut sama menyediakan hadiah percuma untuk pengguna mereka melalui kempen yang dinamakan sebagai “12 Days of Gifts”.
Melaluinya, bermula daripada 26 Disember ini sehingga 6 Januari, pihak Apple akan menawarkan satu kandungan atau aplikasi percuma melalui iTunes kepada pengguna mereka. Menurut Apple, setiap kandungan mungkin berbeza-beza untuk pengguna setiap negara.
Bagi memudahkan pengguna mengikuti hadiah percuma untuk sesuatu hari itu, pihak Apple turut sama menyediakan sebuah aplikasi khas di iTunes yang boleh dimuat-turun pada iPhone ataupun iPad pengguna.
Jika anda menggunakan peranti iOS, ataupun mempunyai akaun iTunes, mungkin boleh mendapatkannya dan menambah beberapa hadiah yang ditawarkan percuma oleh Apple pada peranti anda.
- Muat-Turun 12 Days of Gifts untuk iOS