LG Ingin Membolehkan Anda Berinteraksi Dengan Perkakasan Elektrik Di Rumah

LG Ingin Membolehkan Anda Berinteraksi Dengan Perkakasan Elektrik Di Rumah

Diterbitkan pada Dis 26, 2013 oleh .

Dengan acara CES 2014 yang akan diadakan pada awal Januari, ramai pengeluar peranti elektronik yang menyediakan kejutan mereka. Tidak ketinggalan adalah LG yang akan memperlihatkan sokongan interaksi antara pengguna dengan perkakasan elektrik di rumah.

LG SmartHome Chat

Untuk menjayakannya, pihak LG bekerjasama dengan aplikasi permesejan LINE dalam berinteraksi menggunakan bahasa tabii bersama-sama perkakasan elektrik di rumah. Perkhidmatan ini kelak akan dikenali sebagai LG HomeChat.

Sebagai permulaan, empat perkakasan pintar LG akan disokong, termasuk peti sejuk, vacuum cleaner, mesin basuh, dan juga ketuhar.

Menggunakan aplikasi HomeChat, pengguna boleh menghantar beberapa arahan, disamping pada masa yang sama mengetahui status semasa dan sebagainya dalam bentuk masa-nyata.

Daripada paparan skrin yang dikongsikan juga, LG memperlihatkan yang mana semua perkakasan elektrik pintar ini boleh menyesuaikan diri secara automatik – dimana sebuah mesej dihantar mengatakan anda ingin bercuti, dan segala perkakasan rumah membalas dan mengoptimasikan penggunaan mereka kepada bentuk penjimatan tenaga.

Jadi, apa kata anda berkenaan perkembangan yang dibawakan oleh LG ini?


TIPS & ULASAN