WAU Animation Terbitkan Video Teaser Pertama Untuk Animasi Ejen Ali

WAU Animation Terbitkan Video Teaser Pertama Untuk Animasi Ejen Ali

Diterbitkan pada Dis 27, 2013 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, kami pernah berkongsi akan mengenai sebuah syarikat animasi baru yang memfokuskan kepada animasi 3D – WAU Animation. Kini, setelah berkongsi beberapa gambar melalui halaman Facebook mereka, WAU Animation turut sama telah menerbitkan sebuah video teaser untuk animasi berkenaan.

WAU Animation bakal hadir dengan siri animasi pertama mereka, dinamakan sebagai Ejen Ali. Daripada apa yang pernah dikongsikan sebelum ini, ia bakal mengisahkan seorang budak dalam usaha menyelamatkan ayahnya yang diculik oleh pengganas siber (yang dicipta oleh ayahnya sendiri). Melengkapkan kisah tersebut adalah beberapa rakan Ejen Ali.

Daripada video teaser yang dikongsikan ini juga, ia dilihat Ejen Ali turut menerima kerjasama pihak Animonsta dalam pembangunannya.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan video teaser pertama untuk Ejen Ali ini?


TIPS & ULASAN