LG Dilaporkan Akan Hadir Dengan Dua Peranti-Boleh-Pakai Pada Tahun 2014

LG Dilaporkan Akan Hadir Dengan Dua Peranti-Boleh-Pakai Pada Tahun 2014

Diterbitkan pada Dis 27, 2013 oleh .

LG nampaknya agak aktif pada tahun 2014 ini, dimana selain pengenalan beberapa perkara pada CES 2014, mereka juga mensasarkan untuk memperkenalkan peranti mudah-alih terbaru pada MWC bulan Februari.

Daripada laporan awal, LG dikatakan akan hadir dengan dua peranti boleh pakai, yang dikenali dengan nama sebagai “G Arch” dan juga “G Health”.

Ia dikatakan “G Arch” berkemungkinan adalah jam tangan pintar daripada mereka, yang mana mungkin menggunakan paparan skrin fleksibel bersama-sama dengannya.

“G Health” pula dikatakan merupakan sebuah peranti fitness tracking memfokuskan mereka yang bersukan dan untuk tujuan kesihatan.

Seperti biasa, kedua-dua peranti ini sekadar ura-ura sahaja buat masa ini, dan tiada sebarang pengesahan daripada pihak LG.


TIPS & ULASAN