Carian
Nokia Menarik Kembali Aplikasi HERE Maps Dari Apple AppStore
December 27, 2013 Aman

Pada tahun lepas, Nokia telah memperkenalkan aplikasi pemetaan mereka untuk pengguna peranti iOS. Kini, selang setahun selepasnya, Nokia menarik kembali aplikasi berkenaan daripada Apple AppStore.

Nokia mengatakan perkara ini dilakukan disebabkan oleh iOS7 yang memberikan kesan tidak baik kepada pengalaman penggunaan aplikasi pemetaa mereka tersebut.

Walaubagaimanapun, pengguna masih dapat menggunakan HERE Maps pada peranti mereka dengan mengaksesnya melalui pelayar web. Namun, salah satu kekurangan pada versi pelayar web adalah dimana pengguna tidak boleh menyimpannya untuk digunakan secara luar talian.

Komen