Internet Archive Mula Menyediakan Salinan Permainan Konsol Klasik Di Web

Internet Archive Mula Menyediakan Salinan Permainan Konsol Klasik Di Web

Diterbitkan pada Dis 27, 2013 oleh .

Dunia permainan konsol telah mengalami pelbagai perubahan jikalau dibandingkan dengan tahun 1980-an. Dalam usaha untuk memelihara beberapa permainan klasik, kini Internet Archive memulakan projek baru dinamakan Console Living Room.

Melaluinya, mereka mengumpulkan pelbagai permainan konsol klasik, dan mengoptimasikannya untuk dimainkan pada pelayar web moden hari ini. Permainan daripada pelbagai jenis konsol disediakan, termasuk dari Atari 2600, Atari 7800 ProSystem dan sebagainya.

Untuk memainkannya, pengguna hanya perlu ke halaman Console Living Room, dan memilih konsol pilihan mereka. Seterusnya senarai permainan yang ditawarkan akan diperlihatkan, dan pengguna boleh memilih permainan yang ingin dimainkan.

Buat masa ini, permainan versi konsol yang dioptimasikan untuk pelayar web ini mempunyai beberapa kekurangan, termasuk tiada bunyi dan sebagainya. Pihak Internet Archive mengatakan akan mengatasinya dan menambah beberapa perkara lain dalam masa akan datang.

Layari : Internet Archive Console Living Room


TIPS & ULASAN