Tahun ini, beberapa perkhidmatan baru hadir di arena web tempatan memfokuskan kepada perkongsian direktori geolokasi untuk pusat servis kereta. Selain Carama dan juga GarageFinder sebelum ini, satu lagi yang baru adalah GTO.my.
Daripada laman GTO, ia mengatakan ingin menjadi salah satu direktori rujukan oleh pemilik kenderaan dalam mengetahui pusat servis dan jualan kenderaan terbaik di seluruh negara.
Melalui laman berkenaan, pengguna boleh melihat lokasi untuk sesuatu pusat servis, disamping mengetahui apakah servis dan perkhidmatan yang disediakan disesuatu lokasi berkenaan.
Setiap halaman untuk pusat servis juga dilihat memaparkan nombor telefon termasuk masa operasi untuknya. Pengguna boleh meninggalkan komen pada setiap halaman berdasarkan kepada pengalaman mereka.
Pemilik bengkel ataupun pusat servis kenderaan juga turut sama boleh menyenaraikan lokasi mereka pada laman tersebut secara percuma dengan mudah.
Perkhidmatan GTO ini boleh dikatakan masih baru lagi, dimana beberapa info masih tidak lengkap sepenuhnya, termasuk tiada pilihan untuk Proton pada carian utama di laman berkenaan.
Apa pun, bagi pemilik kenderaan, sama ada anda ingin mencari pusat servis ataupun pusat jualan kereta, mungkin boleh menyemak laman GTO.my hari ini, dan memberikan maklumbalas anda berkaitan dengannya.
- Layari : GTO.my