Facebook Untuk Android Dengan Rekabentuk Baru Diuji Dengan Lebih Meluas

Facebook Untuk Android Dengan Rekabentuk Baru Diuji Dengan Lebih Meluas

Diterbitkan pada Dis 28, 2013 oleh .

Sejak daripada penghujung November lepas, pihak Facebook telah memulakan ujian Facebook Android dengan rekabentuk baru. Dahulunya, ia hanya diuji dikalangan segelintir kecil pengguna sahaja, dan kini nampaknya ia diperkenalkan dengan lebih meluas.

Facebook Android 4.0

Facebook untuk Android ini menyertakan antaramuka baru, disamping beberapa perubahan pada kedudukan menu dan sebagainya.

Baru-baru ini pihak Facebook telah memperkenalkan kemaskini antaramuka Facebook Messenger untuk Android, dan mungkin mereka ingin menyelarikan paparan Facebook untuk Android dengan kemaskini baru ini kelak.

Berkemungkinan pihak Facebook akan terus mengubah pelbagai perkara sebelum memperkenalkannya secara rasmi kepada semua pengguna.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan rekabentuk baru ini?


TIPS & ULASAN