Maxis Menerbitkan Aplikasi 1Store Untuk Pengguna Android

Maxis Menerbitkan Aplikasi 1Store Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Dis 29, 2013 oleh .

Maxis 1StoreMaxis baru-baru ini telah menambah koleksi aplikasi Android mereka, dimana mereka memperkenalkan aplikasi Maxis 1 Store untuk Android.

Maxis 1Store merupakan salah satu kedai aplikasi daripada Maxis yang dikhususkan kepada pelanggan pascabayar mereka dan juga pelanggan Hotlink.

Menggunakannya, pengguna boleh membuat pembelian aplikasi ataupun memuat-turun aplikasi dengan mudah, selain menyokong beberapa platform termasuk BlackBerry dan juga Symbian.

Secara kasarnya, aplikasi yang ditawarkan boleh dikatakan ada yang menarik, disamping kebanyakkannya adalah aplikasi biasa dan tidak begitu menarik sepertimana Google Play pada hari ini.

Salah satu kekurangan yang kami rasakan adalah dimana ia memerlukan pengguna menggunakan pelan data Maxis atau Hotlink ketika menggunakannya, dan tidak boleh beroperasi ketika menggunakan WiFi.

Apa pun, mungkin Maxis 1Store untuk Android ini akan memudahkan pembangun tempatan menggunakannya dan menjana wang melaluinya, memandangkan Google Play masih tidak menyokong untuk penjualan aplikasi bagi pembangun tempatan.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi Maxis 1Store daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Maxis 1Store untuk Android

Layari : Maxis 1Store


TIPS & ULASAN