YouTube Menambah Tetapan 2160p Untuk Video 4K

YouTube Menambah Tetapan 2160p Untuk Video 4K

Diterbitkan pada Dis 30, 2013 oleh .

YouTube sedia mempunyai beberapa video 4K yang dihoskan pada perkhidmatan mereka. Kini, dengan bertambahnya pelbagai peranti yang menyokong rakaman 4K, YouTube turut sama membawakan perubahan pada pilihan kualiti video mereka.

Berbeza dengan pilihan “Original” sebelum ini, kini sekiranya sesuatu video dimuat-naik dalam resolusi 4K (antara 4096×2160 ataupun 3840×2160), kini YouTube memaparkan pilihan menu 2160p pada bahagian paling atas.

Pilihan tetapan 1440p turut disertakan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang melangkaui paparan 1080p.

Dengan penambahan baru ini, tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak video yang hadir dengan sokongan paparan tersebut, membolehkan pengguna menikmati kualiti video yang lebih baik pada perkhidmatan video Google tersebut.


TIPS & ULASAN