Cari @ Amanz

Pendaftaran tanda dagang biasanya memberikan dua petanda, sama ada kemungkinan untuk produk baru, ataupun hanya sekadar salah satu pelindungan untuk penggunaan jenama mereka.

Terkini, pihak microsoft dilihat telah mendaftarkan beberapa tanda dagang, yang mana memfokuskan kepada penggunaan nama “Mod”.

Berdasarkan kepada pendaftaran, ia dikatakan akan digunakan untuk perisian komputer, sistem komputer, peranti perkomputeran mudah-alih dan beberapa yang lain.

Beberapa spekulasi turut hadir mengatakan mungkin ia merupakan nama ganti kepada paparan “Metro” ataupun “ModernUI” yang menjadi fokus pihak Microsoft buat masa ini.

Sekiranya benar, maka mungkin ia akan memudahkan pengguna mahupun penulis dalam berkongsi info mengenai aplikasi untuk Windows 8.

Pada hari ini, pelbagai istilah yang digunakan untuk merujuk ke aplikasi yang diterbitkan di Windows Store, termasuk sebagai aplikasi Windows 8, “Metro” mahupun “ModernUI”. Sekiranya penggunaan Mod ini adalah untuk mengantikannya, mungkin ia sesuatu yang akan memudahkan komuniti Microsoft tersebut sendiri.

Apa pun, ia juga mungkin sekadar sebuah pendaftaran tanda dagang sahaja, yang mungkin tidak akan digunakan oleh Microsoft pada sebarang produk mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd