LG Bakal Memperkenalkan Televisyen Pintar Berasaskan WebOS

LG Bakal Memperkenalkan Televisyen Pintar Berasaskan WebOS

Diterbitkan pada Dis 30, 2013 oleh .

LG sebelum ini telah dilaporkan yang mana mengambil-alih webOS daripada Hewlett-Packard. Kini, mengikut beberapa laporan, pihak LG dijangka akan memperkenalkan televisyen berasaskan webOS pada awal tahun 2014 ini.

webOS sebelum ini telah dibangunkan Palm dan digunakan pada tablet dan telefon pintar mereka. Kemudiannya, pihak HP telah mengambil-alih Palm sebelum webOS dibeli oleh LG.

LG dijangka akan hadir dengan televisyen berasaskan webOS ini pada CES 2014 yang akan diadakan pada awal minggu hadapan. Fungsi penuh yang akan dibawakan olehnya masih tidak diketahui, tetapi ia dijangka akan mengekalkan pelbagai elemen seperti mana pada tablet dan telefon pintar webOS sebelum ini.


TIPS & ULASAN