Samsung Mengumumkan Cip Memori DDR4 4GB Untuk Peranti Mudah-Alih

Samsung Mengumumkan Cip Memori DDR4 4GB Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Dis 30, 2013 oleh .

Samsung sedia menawarkan memori sehingga 3GB RAM pada Galaxy Note 3 mereka baru-baru ini, dan seperti biasa, dengan perkembangan teknologi pesat, Samsung turut sama telah mengumumkan cip DDR4 8-gigabit yang akan membawakan saiz memori sehingga 4GB RAM.

Daripada apa yang dikongsikan, cip baru ini kelak akan membawakan penambahan kepantasan sehingga 50%, dan pada masa yang sama menggunakan 40% kurang tenaga berbanding sebelum ini. Perkembangan cip memori daripada Samsung ini sendiri boleh dikatakan salah satu perkara yang menarik, dimana pada tahun 2009 yang lepas, kita hanya dapat melihat memori bersaiz 256MB RAM sahaja yang ditawarkan oleh gergasi dari Korea Selatan ini.

Samsung mengatakan mereka akan mengeluarkan cip DDR4 baru ini pada tahun 2014, dan mungkin kita boleh lihat ia diimplementasikan di komputer riba, telefon pintar dan juga tablet keluaran tahun hadapan.


TIPS & ULASAN