Pihak Document Foundation hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan LibreOffice mereka untuk platform iPad dan juga Chromebook, yang mana dijayakan melalui teknologi perkomputeran awan.
Buat masa ini, ia bukannya hadir dalam bentuk aplikasi berasingan, tetapi ditawarkan dalam bentuk aplikasi web. Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu membuka halaman khas yang disediakan melalui pelayar web mereka.
Perkhidmatan yang disediakan dengan kerjasama RollApp ini memblehkan pengguna untuk membuka dan menyunting dokumen yang disimpan di Dropbox, Google Drive dan juga Box.
Walaupun ia hanya sekadar aplikasi berasaskan web sahaja buat masa ini, namun ia memberikan pelbagai sokongan asas, membolehkan pengguna untuk menguruskan pelbagai perkara berkaitan dokumen dari peranti mudah-alih mereka.
Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencubanya hari ini dengan mengakses halaman rasmi LibreOffice untuk pelayar web yang disediakan oleh RollApp.
- Layari : Libreoffice for Your Browser