Carian
Eric Schmidt Berkongsi Beberapa Ramalan Untuk Tahun 2014
December 31, 2013 Aman

Dengan tahun 2013 yang melabuhkan tirainya hari ini, semestinya ramai yang menantikan pelbagai inovasi yang akan dibawakan pada tahun 2014 kelak. Menariknya, Eric Schmidt dari Google dilihat berkongsi beberapa pandangan beliau untuk ramalan 2014 bersama pihak Bloomberg.

Daripada apa yang dikongsikan, Eric Schmidt menyasarkan pada tahun 2014, dunia peranti mudah-alih akan terus berkembang, dengan majoriti pengguna menggunakan telefon pintar mereka.

Disamping itu, kepintaran mesin dan juga big data akan terus menjadi fokus pada tahun 2014, yang mana akan mengubah pelbagai jenis perniagaan serta memberikan impak untuk pengguna umum.

Arena sains juga dijangka akan berkembang dengan pelbagai inovasi memfokuskan DNA dan genetik yang dijangka akan hadir pada tahun 2014 kelak.

Selain perkongsian, Eric Schmidt juga berkongsi beberapa perkara yang pernah tersilap jangka sebelum ini, termasuk tidak memberikan perhatian kepada kepentingan laman sosial.

Jadi, bagi anda, apakah yang dinantikan untuk tahun 2014 kelak?

Komen