Adakah Google Akan Menamatkan Schemer?

Adakah Google Akan Menamatkan Schemer?

Diterbitkan pada Dis 31, 2013 oleh .

Schemer merupakan salah satu perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Google lebih kurang dua tahun yang lepas, membolehkan pengguna berkongsi matlamat dan sasaran mereka bersama-sama yang lain.

Google Schemer

Schemer sedia menawarkan bukan sahaja versi web, tetapi juga turut hadir dalam bentuk aplikasi untuk Android dan juga iOS.

Walaupun konsep perkongsian matlamat dan sasaran oleh Schemer ini sesuatu yang menarik, tetapi boleh dikatakan perkhidmatan ini agak kurang popular dikalangan pengguna.

Buat masa ini, Google masih belum mengumumkan secara rasmi berkaitan dengannya. Namun, daripada paparan skrin yang dikongsikan di web, ia kelihatan Google mungkin akan mengumumkannya tidak lama lagi, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna memuat-turun data mereka daripada perkhidmatan berkenaan.


TIPS & ULASAN