Cari @ Amanz

Samsung UN110S9 ialah pemegang rekod televisyen terbesar di dunia dengan skrin sebesar 110 inci (2.6 meter x 1.8 meter). Televisyen berskrin OLED ini mula dijual di Korea Selatan, China, Timur Tengah dan beberapa negara di Eropah sejak semalam. Harga sebuah Samsung UN110S9 mencecah USD 150 Ribu (RM 494 Ribu) sebuah dan televisyen pintar ini turut diperkasakan pemproses empat teras. Televisyen pintar ini  mempunyai resolusi Ultra HD 4K, fungsi kawalan suara, pergerakan tangan dan Smart Hub Samsung. Tidak diketahui samada televisyen gergasi ini akan dijual di luar empat pasaran yang dinyatakan tadi.

south-korea-samsung-new-tv maxresdefault (1)

 

 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd