Cari @ Amanz

HTC Malaysia hari ini mengakhiri tahun 2013 dengan memperkenalkan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan terbaru daripada mereka, iaitu HTC Desire 601.

HTC Desire 601

HTC Desire 601 membawakan beberapa ciri-ciri daripada HTC One, seperti sokongan HTC Zoe dan juga dua speaker pada bahagian hadapan melalui sokongan HTC BoomSound.

Dari segi spesifikasi, HTC Desire 601 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci qHD, cip pemprosesan empat-terasn 1.2Ghz, dan kamera belakang 5-megapixel. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkan HTC Desire 601 ini dalam pilihan warna hitam dan putih daripada para pengedar rasmi HTC diseluruh negara pada harga RM1099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd