Cari @ Amanz

LibreCADTerdapat beberapa perisian untuk CAD pada hari ini, dan kini menyertainya adalah LibreCAD yang dilancarkan kepada umum dalam versi 2.0 hari ini.

LibreCAD merupakan perisian CAD sumber terbuka untuk pelbagai platform, iaitu untuk Windows, OS X dan juga Linux. Versi LibreCAD 2.0 ini dikatakan lebih stabil berbanding sebelum ini, disamping turut menyertakan sokongan DXF library yang lebih meluas, sokongan eksport dalam bentuk SVG, dan beberapa perkara yang lain.

Buat masa ini, ia masih lagi kekurangan untuk fungsi melukis dan merekabentuk dalam 3D, tetapi ia boleh dikatakan agak lengkap untuk lukisan 2D.

Apa pun, bagi anda yang inginkan suatu perisian alternatif untuk AutoCAD dan beberapa yang lain, mungkin boleh mencuba LibreCAD secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd