Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan sokongan crowdfunding, ataupun pengumpulan dana daripada pengguna umum, seperti PitchIn, Indiegogo, KickStarter dan sebagainya.

Pozible

Terkini, yang memperluaskan perkhidmatan mereka untuk pasaran Malaysia adalah salah satu syarikat dari Australia, Pozible.

Platform dari Australia ini dikatakan telah membantu lebih 5000 projek sehingga ke hari ini. Dengan pengenalan platform tersebut untuk pasaran tempatan, ia membolehkan mereka yang mempunyai idea untuk mengumpulkan dana dalam pilihan Ringgit Malaysia.

Sementara untuk pengguna umum pula, mereka boleh membuat carian projek mengikut lokasi. Buat masa ini, hanya segelintir bandar utama sahaja yang disertakan, termasuk Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, Shah Alam dan beberapa yang lain.

Bagi anda yang berminat dan mempunyai idea menarik, mungkin boleh cuba menggunakan platform Pozible ini, dan melangkah setapak kehadapan dalam merealisasikan impian atau idea anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd