Cari @ Amanz

SplashData 2013Sering kali kita dinasihatkan untuk mengubah kata laluan dan menggunakan gabungan abjad dan huruf padanya. Namun, ia dilihat masih ramai yang menggunakan kata laluan mudah untuk akaun mereka.

Melalui data yang dikumpulkan oleh SplashData sepanjang tahun 2013 yang lepas, kata laluan mudah yang digunakan ramai adalah “123456”. Pada tempat kedua adalah “password” dimana sebelumnya pada tahun 2012 lebih ramai menggunakan kata laluan tersebut berbanding “123456”.

Pada tahun lepas sahaja, kita telah melihat pelbagai perkhidmatan digodam, dan SplashData mengumpulkan data daripada kata laluan digodam yang diterbitkan kepada umum.

Memandangkan perkhidmatan Adobe turut digodam pada tahun lepas, trend penggunaan kata laluan “adobe123” dan juga “photoshop” turut memasuki senarai 25 kata laluan yang kurang selamat diterbitkan SplashData.

Secara kasarnya, data ini memperlihatkan masih ramai pengguna yang tidak mengambil serius berkaitan dengan sekuriti dan penggunaan kata laluan untuk akaun mereka.

Apa pun, sekiranya anda mempunyai rakan-rakan yang biasa menggunakan kata laluan sebegini, mungkin anda boleh menasihatkan mereka supaya memilih kata laluan yang lebih sukar untuk akaun mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd