Cari @ Amanz

Astro hari ini mengumumkan penyertaan mereka ke arena penerbitan digital, dimana melaluinya pelbagai kandungan akan ditawarkan dalam bentuk digital iaitu web, aplikasi dan juga majalah digital untuk para pengguna.

Sebagai pengenalan, sebanyak enam majalah akan diterbitkan secara digital, iaitu Style, Car, Intrend, FHM, Mens Uno dan juga ifeel. Semuanya akan ditawarkan secara percuma untuk pelanggan Astro bermula 10 Februari ini, kecuali majalah FHM yang dijual pada harga $0.99. Bagi bukan pelanggan pula, mereka boleh mendapatkannya pada harga $0.99.

Astro Digital Publication

Majalah ini semua akan ditawarkan melalui Apple Newstand dan memfokuskan kepada pengguna tablet. Seperti kebanyakkan majalah lain, ia juga akan membawakan ciri-ciri interaktif, termasuk penggunaan video dan sebagainya.

Untuk pengenalan ini, ia hanya akan ditawarkan untuk pengguna iOS, sementara versi Android dijangka akan hadir sekitar bulan Mei tahun ini. Bercakap mengenai platform lain, Astro mengatakan mereka tiada sebarang perancangan untuk pengguna Windows atau BlackBerry buat masa ini.

Astro turut mengatakan yang mana kandungan yang diterbitkan secara digital dan juga majalah fizikal mereka mungkin sedikit berbeza dan tidak membawakan kandungan sama sepenuhnya.

Bagi para pelanggan Astro yang menggunakan tablet iOS, mungkin boleh nantikan tarikh 10 Februari ini untuk melihat sendiri apakah yang akan ditawarkan oleh Astro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd