Cari @ Amanz

Berbeza dengan desas-desus sebelum ini yang mengatakan Galaxy S5 mungkin hadir pada MWC 2014, kini melalui sebuah temuramah yang dilakukan Bloomberg, pihak Samsung dilihat berkongsi beberapa perkara mengenai peranti Galaxy S5 akan datang.

Pihak Samsung mengatakan mereka akan memperkenalkan Galaxy S5 pada pertengahan pertama 2014 ini, berkemungkinan sekitar bulan Mac atau April. Bersama-sama pengenalannya, Galaxy Gear versi baru mungkin hadir dengan rekabentuk dan fungsi yang ditambah-baik.

Pada telefon pintar generasi baru mereka itu juga, pihak Samsung dijangka akan menyertakan beberapa fungsi baru, dan salah satu kemungkinan adalah pengimbas mata. Pihak Samsung sedia menyertakan kebolehan untuk melihat sama ada mata sedang memandang skrin atau sebaliknya pada peranti sebelum ini, dan mungkin fungsi berkenaan diperluaskan pada peranti baru ini.

Dan bercakap mengenai rekabentuk, pihak Samsung mengatakan mereka akan memberikan perhatian kepada paparan peranti, disamping pada masa yang sama rekaan kerangka yang lebih selesa pada tangan pengguna.

Apa pun, seperti kami katakan sebelum ini, sekiranya anda ingin membeli Galaxy S4 dalam masa terdekat, mungkin boleh menangguhkan sementara, dan menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Samsung kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd